hari terakhir…
January 18th, 2007 by hazwanzharifHari terakhir biorg dalam hidupku…
9.00 am - aku tibe di perhentian metro ismailovskaya yg jauhnye sejam perjalanan daripada asrama puskinku tercinta, dgn penuh semangat dan harapan yg membara aku menunggu bas bersama2 nenek2 tua yg tiada kelihatan anak2 bersama mereka (mungkin ditinggalkan anak2 mereka di tempat terpencil seperti ismailovskaya ini). angin pagi menerpa ke wajahku, membuatkan wajah ku yg kebimbangan semakin pucat .. seperti mahu rebah sebelum tiba di medan perjuangan, di fikiranku terlintas bayang2 detik yang bakal ku hadapi… tawakal sajalah, monolog hati kecilku ini.. berkat doa ibu ayah, rakan insyaAllah semua akan ok..
9.15 am- aku tibe di department chemistry ku yg terletak di perbamaiskaya ulitsa.. dgn penuh yakin aku menunjukkan studentceski kad ku kepada pak guard yg juga nampak penuh yakin menjaga pintu di pagi ini.. setelah memeriksa badan ku beberape kali, mengesahkan aku bersih dan tidak merbahayakan tanpa sebarang senjata, aku di benarkan masuk, pak guard sempat mengenyitkan matenye kepada ku tanda ‘gud luck’ utk exam ku di pagi ini.. ‘hurmm pak guard pon bagi semangat kat aku, takkan aku tak leh buat kot’ kataku sendiri didalam hati sambil berjaln penuh yakin ke pintu makmal. di dalm kepaleku trbyg muke puzakof bersame soalan2nye yg membunuh.. mungkin juga dibawa bersamanye anjing pengesan toyol( bahan utk meniru) untuk mengesan murid2nye yg mungkin berhajat urk meniru…
9.20 am- aku beratur menunggu giliran utk mengambil peperiksaan.. peperiksaan dijalnkan seramai 20 org sekali.. didalm sebuah bilik tertutup dan dikawal rapi selama 1 jam. tiada sorang calon pon dibenarkan utk dibekalkan makanan dan minuman sepanjang peperiksaan dijalankan. ala2 peperiksaan di negara cina beberapa ratus tahn yg lalu, puzakof bertindak sebagai maharaja memntau murid2 nye membuat peperiksaan.
10.00 am- kini tiba giliranku.. setibanya aku di meja puzakof aku diminta utk memilih variant peperiksaan yg telah diterbalikkan.. situasi ini pula ala2 situasi org bermain silap mata daun terup, urmm aku memilih tanpa rase ragu2, puzakof mengambil variant tersebut daripadaku dan terus menyuruhku duduk dan memulakan peperiksaan,
satu persatu soalan aku tenung, dan tenung, dalam setiap soalan aku dapat melihat masa depan ku sebagai seorng doctor semakin cerah.. waa!! aku rase aku dapt membuat semua soalan ini.. alhamdulillah.. setelah berhempas pulas tanpa makan dan minum selama beberapa puluh minit..akhirnya tiba mase ku utk menyemak kertas exam ku..
satu persatu soalanku disemak, alhamdulillah bersyukur ku sekali lagi, rezeki ku murah pada pagi ini, aku hanya kehilang satu markah pada soalan nombor empat.. markah keseluruhan ku 19/20!! taniah kataku pada diri sendiri, cita2 utk menjadi seorang pegawai kerajaan..eh salah..harapanku utk menjadi doctor semakin mendekati kenyataan…
insyaAllah.. doakan aku ye semua..
(waaa… penat nye menaip- karangan diatas ini disulami dengan mitos2 dan cerita2 rekaan, pembaca dinasihatikan utk memikirkan sendiri ape yg betul ye..hhehe)